Welcome to my blog :)

rss

Saturday, June 15, 2013


Tinjauan Di Kawasan Tanaman Herbal (SIRIH) di AGRO  INDAH FARM.


Kawasan Sumber air .(Air terjun Mini)




Persediaan awal Tanah Untuk Penanaman Sirih.








Pokok sirih yang tumbuh dengan subur.




Thursday, August 12, 2010

                                 Ayam Ori Campuran Ayam hutan.Anak ayam yang cantik dan aktif
Anak Ayam Angsa Ibukan Ayam Kampung Ori.(Teknik Mengeram Telur Angsa dengan Ayam)

Wednesday, June 2, 2010

SALAM BERKENALAN..........

Salam berkenalan.

Saya di lahirkan pada 12hb SEPTEMBER 1963. di Melaka..Keluarga saya pada ketika itu menetap di ladang BAN LEE Kota.Tampin Negeri Sembilan. Ibu bapa saya merupakan penoreh getah dan mengusahakan ternakan ayam,kambing dan lembu secara kecil-kecilan. Setelah balik dari sekolah saja juga membantu keluarga saya dalam menjaga ternakan ini. Minat dan keadaan memaksa saya mempelajari cara-cara memelihara ternakan ini.

Penernak Ayam Kampung Ori Secara Kormersial-Satu Tinjauan Dari Aspek Teknikal.

Ayam Kampung Ori,tetap menjadi pilihan pelusuk rakyat di negara kita ini.
Kaedah pemeliharaan ayam ini  berbeza mengikut penternak dan motif penternakan.
Dasarnya ,ayam kampung di belakang rumah di tanah lapang menjadi pilihan kebanyakan penternak kecilan untuk menjana pendapatan sampingan.

Kaedah ini tidak memerlukan pengkhususan tetapi memadai sekadar memberi makan dan melepasakan ayam ni di persekitaran kawasan.Pemakan yang di cari secara terbuka banyak memberi khasiat dan pembesaran adalah  secara konsisten.                                                           
Kaedah kedua pula separah lepas.Di mana ayam di pagari dan di kawal pergerakan.Makan pula di beri mengikiut skala dan masa.Keadaan ni lebih kepada kos yang tinggi dan kualiti daging ayam dapat di kawal.

Maka Di indah Agro Farm ,kami gunakan kaedah kedua ini untuk mendapat kualiti daging ayam dan tumbesaran ynag konsisten.Kebebasan pergerakan ayam ini memberi peluang kepada penternakan ini untuk bebas .Kaedah ini juga menjamin mutu telur yang di perolehi.

Makanan perlu di jaga kualiti dan kuantiti.Bekalan air bersih sangat perlukan setiap masa.